Adik beradik lepas tangan jaga ibu uzur?

  • 2 tahun lalu
Menjaga ibu yang uzur sudah menjadi tanggungjawab anak-anak soleh dan solehah demi sebagai membalas jasa orang tua.

Pun begitu, jika hanya si bongsu sahaja yang bersungguh membantu dari segi kewangan, keperluan harian dan perubatan si ibu, sedangkan yang lain bersikap acuh tak acuh, tidak mustahil timbul rasa geram dalam hati.

Bagaimana si bongsu mahu 'merangka ayat' untuk bercakap dengan adik beradik lain supaya beban yang ditanggung dapat dikongsi bersama? Bagaimana caranya untuk mengharmonikan hubungan kekeluargaan demi menghadapi kemelut tersebut?

Ikuti pandangan Pakar Motivasi dan Kaunseling Keluarga, Haji Hushim Salleh bagi menjawab permasalahan itu dalam Soal Jawab Netizen Rahsia Rumah Tangga pada minggu ini.

#soaljawabnetizen
#rahsiarumahtangga
#lifestylesinarplus
#lifestylesinarharian
#kitalaluibersama
#dominasigayahidup

Disyorkan