'Pembalakan bagus untuk harimau' - Jabatan Perhutanan K'tan

  • 2 years ago
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan Abdul Khalim Abu Samah berkata aktiviti pembalakan sebenarnya "bagus untuk populasi harimau".

Menurutnya, kesan pembalakan akan menyebabkan tumbuhnya tumbuhan baru yang menggalakkan kehadiran spesis haiwan yang menjadi makanan kepada harimau.

Abdul Khalim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan aktiviti pembalakan yang berleluasa boleh menyebabkan kepupusan harimau.