Curi wang masjid: Remaja diarah buat khidmat sosial, hukuman diketepi
  • 2 years ago
Seorang remaja yang ditahan kerana mencuri wang masjid sebelum dimandikan seperti jenazah, kini tidak perlu menjalani hukuman penjara dan denda yang ditetapkan beberapa hari lalu.

Sebaliknya Daniel Iskandar, 19, hanya diarah melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan.