'Kegagalan institusi dalam badan pengawasan SPRM' - MP PKR
  • 2 years ago
Penjelasan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM Abu Zahar Ujang berhubung pemilikan saham ketua pesuruhjaya SPRM Azam Baki dalam dua buah syarikat, telah menunjukkan kegagalan institusi mekanisme pengawasan dalam pembasmi rasuah.

Pada sidang media maya hari ini, sembilan ahli parlimen PKR menegaskan Azam terus memegang berjuta-juta saham setakat Mac 2016 walaupun Abu Zahar berkata saham itu telah dikembalikan kepada adik Azam pada 2015.