Kemungkinan besar sudah ada kes Omicron dalam negara - Khairy
  • 2 years ago
Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin berkata terdapat kemungkinan bahawa telah ada kes-kes Omicron dalam negara, susulan kes pertama yang dikesan pada 19 Nov lalu.

Bagaimanapun menteri itu menggesa orang awam supaya tidak panik memandangkan KKM sedang mengumpul maklumat mengenai kadar kebolehjangkitan dan gejala varian itu.