Najib tak tolak kemungkinan bertanding PRU-15 walaupun kes masih berjalan

  • 3 years ago
Bekas Perdana Menteri, Najib Razak tidak menolak kemungkinan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) walaupun disabit atas kesalahan rasuah oleh Mahkamah Tinggi dan berdepan pelbagai perbicaraan lain.

Dalam wawancara bersama Reuters, ahli parlimen Pekan itu berkata, perkara itu sudah tentunya diinginkan oleh mana-mana ahli politik yang mahu memainkan peranan.

Kata beliau, persoalan sama ada beliau layak atau sebaliknya untuk bertanding pada pilihan raya itu adalah tertakluk kepada tafsiran peruntukan Perlembagaan Persekutuan.