K'jaan dalam proses pinda Akta 265 demi bela nasib pekerja p-hailing
  • 2 years ago
Kementerian Sumber Manusia dalam usaha menjaga kebajikan pekerja p-hailing kini dalam proses meminda Akta Kerja 1955 (Akta 265) bagi memperjelaskan takrifan berhubung pekerja dan majikan.

Timbalan Menterinya, Awang Hashim, berkata ketika ini, pekerja dalam sektor p-hailing tidak diliputi di bawah undang-undang itu.

Katanya, liputan Akta 265 adalah khusus kepada pekerja yang ditakrifkan di bawah Jadual Pertama Akta 265, iaitu yang memasuki kontrak perkhidmatan dan bersetuju untuk berkhidmat dengan majikan.