'Adakah pakai baju logo PH dapat menyebarkan virus?' - PKR
  • 2 years ago
PKR hari ini membidas kompaun RM4,000 yang dikeluarkan kepada calonnya di Machap Jaya, Law Binh Haw yang memakai jaket dengan logo parti kerana didakwa berkempen di sebuah kedai makan.

Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang turut mempersoalkan sekiranya kompaun sama akan dikeluarkan kepada calon-calon lain yang turut memakai baju dengan logo parti masing-masing.

Sumber video: https://www.facebook.com/lawbinghaw.my/videos/575755343682246