Lapan calon PAS di Melaka mampu buat kejutan - Takiyuddin

  • 3 years ago
Lapan wakil PAS yang dipertaruhkan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka adalah yang mampu membuat kejutan dan menarik pengundi muda.

Itu kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan kepada pemberita hari ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu berkata kesemua calon PAS itu datang daripada pelbagai latar belakang, namun mempunyai ‘satu sasaran’ iaitu membawa kemenangan kepada parti di bawah ‘payung’ Perikatan Nasional.