Taiwan tidak akan tunduk kepada China - Presiden Taiwan

  • 3 years ago
Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen menegaskan negara ini tidak sama sekali akan tunduk terhadap tekanan dari China.

Malah, pemimpin itu berkata, Taiwan akan terus meningkatkan pertahanannya bagi memastikan tiada mana-mana pihak memaksa wilayah tersebut menerima pilihan ditetapkan China yang tidak menawarkan kebebasan mahupun demokrasi.

Berucap sempena sambutan Hari kebangsaan Taiwan, Ing-wen berkata, beliau berharap dapat meredakan ketegangan di Selat Taiwan.

Laporan oleh Reuters.