Duda Buntu Anak Bantah Hasrat Mahu Bernikah Lagi

  • 3 tahun lalu
Duda Buntu Anak Bantah Hasrat Mahu Bernikah Lagi

Hidup kesunyian selama lima tahun selepas isteri tersayang meninggal dunia membuatkan si ayah berhasrat mahu bernikah lagi.

Baginya, niat itu berpatutan disebabkan anak-anak yang tinggal jauh dan sudah lama tidak dapat pulang ke kampung gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan.

Pun begitu, reaksi anak-anak begitu mengecewakan apabila rata-ratanya membantah atas alasan tidak sanggup berkongsi kasih.

Bagaimana si ayah mahu memujuk agar anak-anak yang dikasihinya merestui cita-citanya ingin berkahwin lagi? Perlukah membelakangi anak-anak?

Ikuti kata-kata nasihat oleh Pakar Motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad sempena Soal Jawab Netizen Rahsia Rumah Tangga pada minggu ini.

#soaljawabnetizen
#rahsiarumahtangga
#lifestylesinarplus
#lifestylesinarharian
#kitalaluibersama
#dominasigayahidup

Disyorkan