Vaksin pelajar digiatkan, seiring dengan pembukaan sekolah - KJ

  • 3 years ago
Pemberian vaksin kepada golongan remaja akan dibuat secara berperingkat seiring tarikh pembukaan sekolah yang akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kelak.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Khamis petang.

Jelas Khairy, beliau beranggapan tidak semua pelajar sempat divaksin sebelum sekolah dibuka semula, namun yakin usaha itu akan terus giat dijalankan secara berperingkat.