Naib Presiden AS, Kamala Harris melawat Singapura
  • 3 years ago
Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris tiba di Singapura bagi memulakan lawatan rasminya yang pertama ke Asia Tenggara sejak dilantik Januari lalu.

Harris tiba dengan menaiki pesawat Air Force Two sekitar jam 10.50 pagi semalam di Pangkalan Udara Paya Lebar dan disambut oleh Menteri Luar, Vivian Balakrishnan.

Harris, yang memakai seluar hitam dan berbaju putih, diiringi lebih 20 kakitangan dan pegawai keselamatan serta mengenakan pelitup muka dengan mematuhi langkah keselamatan Covid-19.

Laporan oleh Reuters.