Zuraida umum bercuti jawatan Naib Presiden PKR
  • 4 years ago
Naib Presiden PKR Zuraida Kamarudin sudah menulis surat untuk membuat permohonan bercuti daripada menyandang tugas di dalam parti sehingga proses tatacara Lembaga Disiplin terhadapnya selesai, kata setiausaha politiknya, Nor Hizwan Ahmad.

Menurut setiausaha politiknya, Nor Hizwan Ahmad, surat tersebut sudah ditulis sejak dua hari yang lalu dan sudah dihantar ke ibu pejabat parti.

“Sama ada diterima atau tidak belum dimaklumkan lagi,” katanya pada sidang media khas bersama beberapa pemimpin dan ahli PKR Bahagian Ampang hari ini.

Terdahulu, lembaga disiplin PKR telah memulakan siasatan ke atas pelbagai aduan salah laku membabitkan Zuraida yang dipercayai atas insiden berlaku pada ketika dan selepas Kongres Nasional PKR di Melaka 2 bulan lalu.