'54 peratus atau 96 kluster aktif di Selangor dari sektor perkilangan'
  • 3 years ago
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata sebanyak 96 kluster aktif di Selangor pada hari ini adalah dari sektor perkilangan atau bersamaan 54 peratus.

Katanya sebanyak 22 kluster atau bersamaan 12 peratus pula dari sektor perkhidmatan.

Selain itu, beliau berpendapat individu yang lengkap dua dos vaksin tidak mengambil langkah 'crash landing approach' dengan kelonggaran SOP yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, semalam.

Beliau berkata demikian menerusi video kemas kini usaha Kerajaan Selangor menggempur Covid-19 yang dikongsi di Facebooknya hari ini.

Sumber video:
https://fb.watch/7gBL5qeaYo/