Jangan layan petugas kesihatan macam penjenayah - Saifuddin
  • 3 years ago
Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Bharu) membangkitkan tindakan pihak berkuasa yang menyiasat petugas kesihatan di PKRC MAEPS sehingga hampir jam 4 pagi semalam.

Beliau yang menyifatkan siasatan itu sebagai satu bentuk intimidasi, menggesa kerajaan untuk tidak melayan petugas kesihatan sebagai penjenayah.

Difahamkan siasatan dijalankan susulan satu laporan polis yang dibuat oleh pengarah PKRC berkenaan berhubung kehadiran media ketika hartal doktor kontrak Isnin lalu.
Recommended