Seramai 1,369 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19
  • 3 years ago
Kementerian kesihatan (KKM) mengesan 870 petugas kesihatan yang mendapat jangkitan COVID-19 selepas mendapat dos vaksin menerusi fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula akhir Februari lalu hingga April.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, berkata ketika ini, pihaknya mendapati seramai 1,369 petugas kesihatan dijangkiti wabak itu sejak setahun lalu.

Dr Adham berkata, bagi petugas yang sudah mendapat dua dos vaksin, seramai 651 dikesan dijangkiti COVID-19 manakala 499 lagi dijangkiti sebelum mereka mendapatkan pelalian.

Sumber video: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/875793593147161
Recommended