Nazri mengaku ketuai usaha kumpul SD ahli Parlimen - Laporan
  • 3 years ago
“Saya boleh sahkan perkara itu kerana saya sendiri yang mengusahakannya sejak dua minggu lalu”

Itu kata ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz yang mendedahkan dirinya mengetuai usaha mengumpul akuan bersumpah (SD) ahli parlimen BN untuk menyokong Hishammuddin Hussein.

Bercakap kepada Sinar Harian semalam, Nazri bagaimanapun berkata gerakan mengumpul SD itu bukanlah untuk menjatuhkan perdana menteri Muhyiddin Yassin.