'Isu kerajaan baru tak berbangkit sekarang' - Anwar
  • 3 years ago
Tiada isu pembentukan kerajaan baru Malaysia dalam pertemuan di antara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan Anwar Ibrahim pagi ini.

Hal itu dijelaskan Presiden PKR berkenaan selepas keluar dari Istana Negara pada jam 11.54 pagi ini.

Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan menambah, dia turut menyediakan laporan untuk pertimbangan Agong berhubung beberapa isu berbangkit termasuk proklamasi darurat.
Recommended