Covid-19: 8,290 kes baharu, 61 korban, 808 ICU
  • 3 years ago
Pertama kali dalam sejarah, kes baru Covid-19 hari ini sekali lagi mencatatkan peningkatan tertinggi dengan 8,290 kes dilaporkan.

Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 2,052 diikuti oleh Kelantan 851 kes dan Kuala Lumpur 830 kes.

Terdapat 61 lagi kes kematian baru hari ini, iaitu kes kematian tertinggi direkodkan setakat ini.

Seramai 808 pesakit dirawat di ICU manakala 403 memerlukan bantuan alat pernafasan.