Kes Bella | Keputusan bantah semak kes Siti Bainun, 13 Januari ini
  • tahun lalu
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 13 Januari ini untuk keputusan bantahan awal pihak pendakwaan terhadap permohonan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali bagi menyemak semula pertuduhan menganiaya kanak-kanak perempuan sindrom down dikenali Bella.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh itu selepas peguam, Pg Cyril yang mewakili Siti Bainun dan timbalan pendakwa raya, Nor Azizah Mohamad selesai berhujah.