Giliran Hospital Selayang pula sedia kontena simpan mayat Covid-19
  • 3 years ago
Selepas Hospital Sungai Buloh, kini tiba giliran Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan jenazah pesakit Covid-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi perkongsian di Facebook semalam, memaklumkan satu kontena khas disediakan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang.

Menurut KKM, kontena khas itu boleh menempatkan 20 jenazah atau mayat tambahan memandangkan peti mayat di hospital itu sentiasa penuh.