'Nilai 3 terletak di Selangor' - Polis siasat pemilik akaun FB
  • 3 years ago
Polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pemilik akaun Facebook disyaki menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan kegentaran awam.

Ia berhubung satu kenyataan yang dibuat iaitu 'Nilai 3 terletak di negeri Selangor'.

Isu itu timbul selepas selebriti Neelofa dan suaminya Muhammad Haris tidak didakwa meskipun dikatakan melanggar SOP dengan merentas negeri ke Nilai 3, di Negeri Sembilan.