Wang RM114j: Keputusan mahkamah 'kemenangan besar' - Najib
  • 3 years ago
Bekas perdana menteri Najib Razak menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini sebagai satu 'kemenangan besar' dan bukti bahawa beliau tidak pernah menyalahgunakan dana 1MDB.

Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan kerajaan untuk melucut hak wang tunai lebih RM114 juta yang disita polis di unit kondominium Pavilion Residences pada 2018.

Umno dan Najib merupakan pihak ketiga yang menuntut pemulangan wang tersebut, yang kini dalam tahanan Bank Negara.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/?v=796151801274352
Recommended