Polis tahan penjawat awam didakwa sokong Israel

  • 3 years ago
Polis semalam menahan seorang penjawat awam yang didakwa menyokong Israel, selepas video dimuat naik lelaki itu di aplikasi TikTok tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan polis pada pagi 18 Mei dan lelaki tersebut kemudiannya dipanggil untuk direkodkan keterangan.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin dan didapati suspek memuat naik video tersebut ketika di bawah pengaruh dadah.