'Ketidakadilan pengedaran vaksin dunia ibarat tragedi Titanic'

  • 3 years ago
Khairy Jamaluddin hari ini menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap syarikat pengeluar vaksin yang mengutamakan pemberian vaksin kepada negara maju berbanding negara membangun.

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan itu, tindakan tidak adil dan beretika itu turut disuarakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Beliau turut menyifatkan perkara itu ibarat tragedi kapal Titanic, merujuk kepada tindakan orang kaya yang berebut mendapatkan bantuan terlebih dahulu.