Mujahid anjur 'mesyuarat kedamaian' susulan tragedi NZ

  • 5 years ago
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof berkata satu "mesyuarat kedamaian" akan diadakan bersama wakil-wakil agama dan NGO, susulan tragedi keganasan di New Zealand yang menyebabkan 50 nyawa terkorban.

Beliau berkata mesyuarat itu bagi membincangkan satu perancangan jangka panjang berkenaan usaha memperkukuh toleransi antara agama dan mengekalkan keamanan dan keharmonian negara.

Ia akan diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan hari ini dan akan dihadiri polis, mufti serta wakil agama antaranya Islam, Kristian, Hindu dan Buddha.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Dewan Rakyat, hari ini.