'Putus hubungan dengan Bersatu muktamad, harus letak noktah' - Zahid
  • 3 years ago
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjelaskan ketetapan memutuskan hubungan dengan Bersatu oleh Majlis Tertinggi adalah muktamad.

Menurutnya, keputusan itu akan diabsahkan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 hari ini dan beliau meminta semua perwakilan Umno untuk menyokong perkara itu.

Dalam ucapannya di perasmian PAU 2020, Ahmad Zahid berkata ketetapan itu bukan sahaja lahir daripada keputusan MT, tetapi ia juga merupakan suara daripada akar umbi.
Recommended