Hubungan Bersatu - Umno_ Muhyiddin bincang hati ke hati dengan Zahid
  • 3 years ago
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Umno merangkap Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi beberapa hari lalu berhubung hubungan kedua-dua parti.

Dalam ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, beliau berkata mereka berdua bersetuju bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan keakraban hubungan parti masing-masing.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau secara terbuka mengakui hubungan parti itu dengan Umno masih tidak akrab gara-gara sejarah lampau yang menyaksikan Bersatu lahir daripada perpecahan dalam Umno.
Recommended