MCA senada dengan MIC, kata kenyataan Zahid tak betul
  • 3 years ago
Susulan pendedahan Presiden MIC SA Vigneswaran yang berkata kenyataan Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa bahawa BN merayu kepada YDP Agong agar menitahkan supaya sidang parlimen diadakan segera sebagai tidak tepat, hari ini beberapa pemimpin BN tampil mengesahkannya.

Presiden MCA, Wee Ka Siong ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan apa dikatakan oleh Vigneswaran adalah betul.

Timbalan Presiden PBRS, Arthur Joseph Kurup pula berkata Dewan Tertinggi BN tidak setuju berhubung kenyataan media yang dikeluarkan Presiden Umno.
Recommended