Tahun Baru Cina: Tiada kunjung-mengunjung, terhad isi rumah sama
  • 3 years ago
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perayaan dan makan malam besar Tahun Baru Cina akan terhad kepada anggota keluarga dari isi rumah yang sama sahaja.

Semua lawatan, perjalanan rentas daerah dan negeri adalah dilarang sama sekali, katanya pada sidang media hari ini.