'Beberapa pimpinan PAS juga suarakan kebimbangan' - Annuar

  • 3 years ago
Bekas Setiausaha Agung BN, Annuar Musa berkata situasi 'flip-flop' pimpinan khususnya Pengerusi BN dalam perkara-perkara dasar berhubung Muafakat Nasional (MN) sehingga berlaku kesamaran dan kekaburan dalam hala tuju MN.

Katanya, ini membuatkan beberapa pimpinan PAS menyuarakan kebimbangan mereka serta beberapa ahli Umno juga berasa keliru dengan keputusan 'flip-flop' tersebut.

Sidang media itu diadakan sehari selepas ahli parlimen Ketereh itu diketepikan daripada jawatannya sebagai setiausaha agung BN.

Sehubungan itu, Annuar memberitahu, beliau secara konsisten berpegang kuat pada segala keputusan parti serta prinsip asas penubuhan parti iaitu menyatupadukan orang Melayu dan umat Islam.

Sumber video: https://www.facebook.com/AnnuarMusa/videos/1273840899663792