Penang Forum suarakan kebimbangan mengenai PTMP pada CEP

  • 6 years ago
Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus menggunakan khidmat agensi global untuk mengkaji semula projek-projek mega infrastruktur di negeri ini termasuk Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP), kata Penang Forum.

Ketika membangkitkan perkara itu kepada Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini, anggota jawatankuasa pemandu Penang Forum Dr Lim Mah Hui berkata forum itu berpendapat bahawa PTMP tidak berdaya maju kerana kos yang tinggi dan kesannya terhadap alam sekitar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat di Menara Ilham di sini.