Serap semula pekerja kontrak ke dalam sistem perkhidmatan awam - MP Pembangkang
  • 3 years ago
Menyerap semula pekerja kontrak dari pekhidmatan luar ke perkhidmatan awam akan dapat menjimatkan kerajaan sehingga RM500 juta, kata Ahli Parlimen Tanjong Malim Chang Lih Kang.

Bercakap kepada pemberita di parlimen, ahli parlimen DAP itu memetik hasil kajian oleh Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) mengenai dakwaan pembaziran dana awam kerana amalan mengambil pekerja daripada kontraktor luar.

Selain itu ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata, kumpulan pekerja tidak formal yang sering dibayar gaji harian tanpa perlindungan sosial akan menjadi antara yang paling teruk terjejas oleh kehilangan pendapatan.