Ismail jelas perbezaan PKPP, PKPB selepas rentas negeri dibenarkan
  • 3 years ago
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri hari ini menjelaskan mengenai perbezaan di antara Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ini selepas ramai yang mempersoalkan tindakan kerajaan untuk membenarkan pergerakan rentas daerah dan negeri di seluruh negara kecuali di kawasan yang berada di bawah PKPD.

Antara lain, penganjuran acara-acara seperti majlis perkahwinan di kawasan yang berada di bawah PKPP dibenarkan asalkan mematuhi SOP.