Belum ada kelulusan untuk penerokaan nadir bumi di Kedah - Menteri

  • 3 years ago
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan setakat ini belum ada sebarang kelulusan diberikan terhadap mana-mana negeri untuk melakukan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE), termasuk di Kedah.

Katanya, meskipun kementeriannya memang sedang membangunkan prosedur operasi standard (SOP) perlombongan REE bagi memastikan ia dilakukan secara mampan, itu tidak bermakna kerajaan memberikan kelulusan untuk aktiviti sedemikian.