Menteri- Belum ada keputusan laksana PKPD di Tawau, Lahad Datu
  • 4 years ago
Kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai cadangan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan pentadbiran (PKPD) di Tawau dan Lahad Datu setakat ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, ketika ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang giat melakukan saringan bersasar kepada 25,000 individu di Tawau dan 13,000 individu di Lahad Datu.

Selain itu katanya,KKM telah mengenal pasti 14 lokasi yang terlibat dengan Kluster Benteng Lahad Datu dan Kluster Laut.