'MP Sabah dah berkorban hampir dua bulan, kenapa Keningau dibenarkan masuk_'

  • 3 years ago
Sesi perbahasan di Dewan Rakyat sedikit tegang pagi ini apabila Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) mempersoalkan status kuarantin ahli Parlimen Keningau, Jeffrey Kitingan.

Ini selepas Jeffrey dibenarkan berada di Dewan Rakyat walaupun telah menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri Sabah pada 12 November yang lalu.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said mengatakan beliau akan mengarahkan setiausaha Dewan Rakyat untuk mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu.

Mohd Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) kemudian tidak berpuas hati dengan jawapan itu dan menyatakan ahli-ahli Parlimen dari Sabah telah 'berkorban' hampir dua bulan dengan mematuhi peraturan bahawa mereka perlu dikuarantin selama 14 hari sebaik tiba di Semenanjung Malaysia.