Wan Azizah cadang elaun, yuran pengerusi GLC, GLIC dipotong 50%

  • 3 years ago
Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan) hari ini mencadangkan supaya elaun dan yuran mana-mana ahli parlimen yang menjadi pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dipotong 50 peratus dan disalurkan ke tabung Covid-19.

Dalam sesi perbahasannya di Dewan Rakyat hari ini, beliau turut mencadangkan potongan gaji ke atas perdana menteri, menteri kabinet dan timbalan menteri untuk kepentingan negara.