'Biar saya mati dalam gelanggang' - Shafie jawab sama ada kesal bubar DUN Sabah

  • 3 years ago
Bekas ketua menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal mempertahankan keputusannya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan Piiihan Raya Negeri (PRN) Sabah selepas kerajaan Warisan pimpinannya diganggu-gugat pihak tertentu.

"Saya rela mati dalam gelanggang politik daripada menyerahkan kerajaan. Biar rakyat tentukan," katanya dalam perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Shafie berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohamad Alamin (BN-Kimanis) apakah dia kesal kerana mencadangkan pembubaran Dun bagi mengadakan PRN Sabah sehingga membawa peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.

Tegas Shafie dia tidak akan tunduk kepada pihak yang mengamalkan konsep "cash is king" dan mempunyai keupayaan untuk membeli wakil rakyat.

Recommended