Shafie- DUN Sabah bubar, pengundi akan putuskan antara saya atau Musa
  • 4 years ago
Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal mengumumkan Yang Di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin telah berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Dalam sidang media hari ini, Shafie berkata Juhar menyatakan perkenannya dalam pertemuan pagi ini.

Shafie juga berkata beliau masih merupakan penjaga (caretaker) pentadbiran negeri itu untuk tempoh 60 hari sebelum pilihan raya baru diadakan.

"Apa pun cerita, mereka mahu pergi istana, ada nombor sana sini, dewan sudah dibubarkan.

"Dalam jangka masa 60 hari, I'm still caretaker, saya masih Ketua Menteri mentadbir negeri Sabah sehingga sampai waktu SPR umum tarikh, baru kita pilih," katanya.
Recommended