Najib: Umno tak boleh berpecah, perlu bertindak sebagai satu blok
  • 3 years ago
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional, Najib Razak hari ini mengatakan pandangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli Barisan Nasional mengenai pendiri dan hala tuju gabungan itu dalam mesyuarat hari ini akan dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini.

Kata ahli parlimen Pekan itu lagi, Umno selaku parti terbesar dalam BN tidak boleh berpecah dan segala keputusan perlulah dibuat sebagai satu blok.

Sebelum ini terdapat desas-desus bahawa ada beberapa ahli Umno yang memberi sokongan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan yang baru.
Recommended