Pemuda Umno tolak kerjasama dengan Anwar, PH
  • 4 years ago
Pemuda Umno menegaskan akan menolak sebarang kerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim mahu pun mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH) terutamanya DAP.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki berkata penolakan itu dibuat kerana tidak mahu menjadi sebahagian daripada usaha menjatuhkan kerajaan sedia ada, yang menurutnya hanya bertujuan untuk memenuhi cita-cita anggota parlimen Port Dickson itu untuk menjadi Perdana Menteri.