Anwar nafi ada kaitan dengan syarikat di Bursa Saham

  • 4 years ago
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau memiliki saham dalam mana-mana syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, berita yang mengaitkan nama beliau dengan syarikat tertentu adalah palsu dan berniat menipu pembeli saham.

Justeru, beliau meminta Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya supaya pasaran saham tidak dimanipulasi oleh individu tertentu untuk mengaut keuntungan dengan menyebar khabar palsu.

Recommended