Pemangku Raja Pahang peroleh semula pegangan saham syarikat bina PDF Lynas

  • 3 years ago
Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah memperoleh semula pegangan sahamnya dalam Gading Senggara Sdn Bhd (GSSB), berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ini sekali gus menjadikannya pemegang saham terbesar dalam syarikat yang ditugas melaksanakan pembinaan tapak pelupusan kekal sisa (PDF) Lynas Malaysia di Kuantan.

GSSB ialah kontraktor utama bagi rancangan pembinaan kemudahan PDF Lynas di Kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan, Pahang, menurut laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA).