SPR guna 20 helikopter hantar bahan undian di kawasan pedalaman Sabah
  • 4 years ago
Sebanyak 20 unit helikopter digunakan untuk menghantar bahan pengundian seperti peti undi dan alat undian di kawasan pendalaman dan pulau-pulau di Sabah.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh berkata sekiranya cuaca tidak menginzinkan, beliau telah membuat persediaaan rapi iaitu mungkin menggunakan kereta pacuan empat roda atau bot.

Abdul Ghani juga berharap keputusan penuh Pilihan raya Negeri (PRN) negeri esok dapat diketahui seawal jam 10 malam namun ia bergantung kepada keadaan.