PM: Permohonan Geran Kita Prihatin untuk usahawan mikro dibuka semula
  • 4 years ago
Perdana menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan permohonan untuk Geran Kita Prihatin (GKP), satu inisiatif khas untuk membantu usahawan mikro akan dibuka semula.

Permohonan ini akan dibuka kepada usahawan yang layak dan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan pihak berkuasa tempatan sehingga 31 Ogos 2020.

Bayaran disasarkan akan dibuat mulai 25 November 2020.