Muhyiddin Yassin dan Hajiji Noor tiba di Tuaran, disambut 400 penyokong
  • 4 years ago
Calon Perikatan Nasional untuk DUN Sulaman, Hajiji Noor tiba di ibu pejabat Tuaran Bersatu, yang merupakan tempat berkumpulnya penyokong mereka.
Berpakaian baju Melayu merah, ketua Bersatu Sabah itu disambut sekitar 400 penyokong.

Meskipun para penyokong berusaha untuk menjaga jarak sosial satu meter, tetapi ada di antara mereka yang masih berdiri berdekatan antara satu sama lain.

Para penyokong memegang bendera PN biru tua, yang membuat penampilan pertama dalam PRN ini.

Perdana Menteri Muhyuddin Yassin yang tiba kemudian memberikan restu kepada Hajiji, wakil rakyat DUN Sulaman yang memenangi kerusi itu di bawah tiket BN.

Dijangkakan bahawa Hajiji akan dicabar oleh Rekan Hussien dari PCS dan Aliasgar Basir dari Warisan.