"Anwar PM8!" - laungan penyokong PKR sambut ahli parlimen tiba istana
  • 4 years ago
Sekumpulan 30 lelaki daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkumpul kira-kira 300 meter dari Pintu 2 Istana Negara pagi ini.

Kumpulan tersebut melaungkan 'reformasi' dan 'Anwar PM8' ketika menyambut kehadiran ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) tiba di istana untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ahli-ahli Parlimen PKR tiba dengan menaiki bas dua tingkat sebentar tadi.

Hari ini, baki 131 ahli Parlimen akan ditemu duga oleh baginda selepas 90 ahli Parlimen dari kumpulan pertama selesai berbuat demikian semalam.