Mahkamah cara terbaik tangani kes lompat parti, kata Shamsul Iskandar
  • 4 years ago
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Shamsul Iskandar Md Akin mengatakan mahkamah merupakan platform terbaik untuk menyelesaikan kes ahli yang lompat parti.

Katanya, PKR telah pun membawa kes-kes lompat parti oleh beberapa ahlinya sebelum ini ke mahkamah bagi menentukan sekiranya tindakan itu bercanggah dengan perlembagaan parti itu atau tidak.

Shamsul berkata demikian di majlis penyerahan watikah kepada calon PKR di Sabah hari ini.